Tahniah, PSSBB !!

|
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

apa khabar semua?? sihat?? kalau sihat bagus la, alhamdulilah... hmm.. bertemu lagi kita dalam post yang kedua ni.. haa.. kali ni, nak citer sikit pasal sorang ahli PSSBB ni..hmm.. selalunya bila sebut ayat nak "citer" ni, org mesti ingat nak gosip benda x elok kn?? haa.. tapi kali ni x..bukan nak bergosip la, tp nak share sikit berita pasal ahli dlm PSSBB ni..

kali ni nak citer pasal ahli PSSBB kita ni, yang dah berjaya mengharumkan nama persatuan kita.. siapa lagi, kalau bukan Saudara Mohamad Zahid Azizi bin Mohamad Ali.. tahniah dan syabas sangat diucapkan kepada zahid ni haa... yela, dah membuat kita semua bangga, kan? kepada yang belum tau, zahid telah mewakili negeri Perak ke peringkat kebangsaan dalam pertandingan silat baru-baru ini dalam kategori silat olahraga-putera.. beliau telah menerima sijil penghormatan yang telah disampaikan dalam majlis khatam silat Perguruan Silat Banten Betawi Kg Matang Kunda baru-baru ini..

tahniah, Zahid..

diharapkan, kejayaan zahid pada kali ni menjadi penyuntik semangat buat semua ahli PSSBB untuk berusaha lebih gigih lagi.. harap2 tahun depan lebih ramai lagi ahli persatuan kita dapat meraih kejayaan yang macam ni.. malahan, kalau boleh, yang lebih cemerlang lagi.. ok..

Selain daripada, Zahid, kepada 3 orang lagi penyandang pingat emas  iaitu:

1. Mohd Muazzin bin Ramli
2. Puteri Nor Atiqah binti Ahmad Nasaruddin
3.Ramadhan bin Mat Desa

walaupun korang x ada rezeki mewakili negeri perak ke peringkat kebangsaan pada tahun ni, pihak persatuan tetap berbangga dengan korang.. disebabkan beberapa faktor yang tidak mengizinkan, korang terpaksa mengalah.. tapi, mane tau, tahun depan, tup tup korang pulak jadi johan kebangsaan.. haa.. lagi best.. sama-sama lah kita doakan.. amin.. =)

tidak dilupakan, kepada 4 penyandang pingat perak:
1.Azy binti Nazari
2.Mohamad Haris Fadhillah bin Abd Rahim
3. Muhamad Husaini bin Mohamad Salimi
4. Wany binti Zainuddin

dan jugak 6 orang pemenang pingat gangsa:
1. Nurul Marliana Syaziati binti Rosli
2. Rahmah binti Mat Desa
3.Mohd Muzakkir bin Ayu
4. Mohd Amirul Nizam bin Ahmad Pandi
5. Mohd Yusaili bin Mohd Kamijon
6.
korang jugak tetap menjadi kebanggaan Persatuan Seni Silat Banten Betawi.. Semoga pertandingan yang akan datang dapat menambahkan lagi koleksi pingat yang berjaya dikutip oleh persatuan kita.

Sekitar Pertandingan Silat Olahraga Remaja dan Kebangsaan 2010:


 wajah-wajah pejuang PSSBB

 gaya pendekar Sharif

wajah  serikandi-serikandi PSSBB
yang berjaya =)


pengerusi PSSBB - Saudara Norfaizzi Zulkifli

Sekian dulu untuk kali ini.. Semoga berjumpa lagi dalam post seterusnya.. 
Assalamualaikum, semua!!

=)

"SILAT BENTENG NEGARA"











0 comments:

Post a Comment