Majlis Khatam Perguruan Silat Banten Betawi

|
Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah.. bertemu lagi kita dalam post yang ketiga ni.. Pada 11 Jun 2011 yang lalu, Perguruan Seni Silat Banten Betawi Kampung Matang Kunda telah pun mengadakan majlis khatam silat. Majlis tersebut telah berlangsung di Gelanggang Induk Persatuan Seni Silat Banten Betawi, iaitu di hadapan rumah mahaguru, En. Zulkifli bin Ahmad Shah.. majlis yang sederhana tetapi meriah itu telah dirasmikan oleh En. Zainuluddin Helmi bin Baharuddin iaitu Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datoh.

Majlis pada malam tersebut telah dimulakan dengan jamuan makan dan bacaan doa. Bacaan doa telah diketuai oleh Tn. Hj Jaafar bin Hj. Ramli, selaku Imam 1 masjid Kampung Matang Kunda. Setelah itu, acara diteruskan dengan upacara Perasmian gelanggang yang telah disempurnakan oleh En. Mohd Zaini bin Ismail, Guru Perguruan Silat Banten Betawi cawangan Ipoh. Beliau telah menunjukkan persembahan yang begitu menarik sekali.


Seterusnya merupakan acara gelanggang terbuka yang telah disertai oleh wakil-wakil daripada perguruan Seni Silat Serumpun Selabak dan juga Perguruan Silat Banten Betawi Ipoh. Kemudian, acara diteruskan dengan persembahan murid-murid lama Perguruan Silat Banten Betawi. Pelbagai ragam dan persembahan yang begitu menarik telah ditunjukkan..


Kemudian, pesilat-pesilat yang dikhatamkan pada malam itu pun memberikan persembahan mereka.. Persemabahan yang begitu mantap dan hebat telah berjaya memukau ramai penonton yang hadir pada malam itu.. Pada malam itu juga, hadirin telah dipersembahkan dengan permainan sejenis senjata unik yang digelar sebagai SENJATA PURBA BANTEN BETAWI. Ianya telah dimainkan dengan cemerlang oleh pasanagn trio Mohd Hasham bin Abdullah, Mohd Arifzulhilmi bin Mohd Komari, dan juga  Mohd Amirul Nizam bin Ahmad Pandi.
 Tahniah diucapkan kepada mereka.

Pada malam tersebut juga, kita telah menyaksikan bberapa anugerah serta pentauliahan telah disampaikan kepada individu-individu tertentu yang telah terpilih.  Bahkan, mahaguru Zulkifli bin ahmad Shah telah melantik 3 orang guru baru bagi Perguruan Silat Banten Betawi.

Guru Perguruan Silat Banten Betawi:
1. En. Mahmud bin Nor

 
2. En. Nordin bin Ahmad

 
3. En. Rosli bin Abdullah



Mahaguru Zulkifli bin Ahmad Shah juga telah melantik seorang Pembantu Mahaguru dan juga seorang jurulatih persatuan.
Pembantu Mahaguru:
Mohd Hasham bin Abdullah




Jurulatih Silat Tangan Kosong, Olahraga, Bersenjata dan Gempur:
Mohd Yusof bin Baharom


Selain itu, saudara bin Mohd Zahid Azizi Mohd Ali telah diberikan sijil penghormatan diatas pencapaian cemerlang beliau dalam Silat Olahraga.


menerima sijil penghormatan dan juga hamper

Pihak persatuan juga turut memberikan sijil penghargaan kepada pihak yang telah banyak menyokong dan memberi bantuan kewangan. Beliau yang dimaksudkan ialah En Mohd Juraimi bin Subari. Pada malam tersebut, beliau telah menyumbang sebanyak 5 buah hamper kepada pihak persatuan dan juga Perguruan Silat Banten Betawi.

Terima kasih, wak Juraimi !! =)

Sebagai majlis penutup, semua pesilat telah bergambar dan saling bermaafan..










Sekian dahulu untuk kali ni.. Jumpa lagi dalam post yang akan datang!!
Assalamualaikum wbt..

KERJA BERPASUKAN ITU LEBIH BAIK DARIPADA KERJA BERSENDIRIAN

"SILAT BENTENG NEGARA"



1 comments:

Unknown said...

Silat banten betawi ni ada berapa tahap bengkung?

Post a Comment