Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, masih lagi dapat kita bernafas pada bulan penuh barakah ini, Ramadhan al-mubarak.. Justeru,diharapkan semua ahli PSSBB akan memanfaatkan peluang usia yang diberikan oleh Allah ini untuk melipat gandakan amal ibadah kita pada bulan yang mulia ini.. Sesungguhnya, terdapat banyak keistimewaan bulan Ramadhan ini.. Antaranya:
1. Orang-orang yang berpuasa di bulan Ramadhan itu secara iman, dan dengan perasaan kerana perintah Allah semata-mata maka diampuni Allah SWT dosanya yang telah lalu
2. . Pada bulan Ramadhan itulah mula-mula turunnya al-Quran
3. Dalam bulan Ramadhan itu terbukalah pintu-pintu syurga, dan terkuncilah pintu-pintu neraka, bahkan syaitan dan iblis dibelenggu ketika itu.
4. Puasa bulan Ramadhan itu diistimewakan oleh Allah SWT, untuk Allah sendiri dan Dia sendiri pula yang akan menentukan ganjaran.
5. Di dalam bulan ramadhan berlaku Lailatul Qadar yang mempunyai kelebihan pahala amalan kebajikan mendapat ganjaran seperti beribadah seribu bulanAntara kelebihan yang utama ialah ia mengandakan pahala ibadah. Diawal bulan ramadhan adalah kerahmatan, dipertengahanya keampunan dan diakhirnya dijanjikan terlepas dari api neraka.
6. Orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan disediakan tempatnya di syurga suatu tempat yang istimewanya, pintunya bernama “Rayyan”
Di bulan yang mulia ini juga, marilah kita sama-sama mendoakan kesembuhan mahaguru kita, En. Zulkifli bin Ahmad Shah.. Semoga beliau akan cepat sembuh dan dapat menyambut Aidilfitri yang bakal tiba dengan nikmat kesihatan seperti tahun-tahun sebelumnya.. Amin..
Di kesempatan ini juga, saya selaku admin blog ni nak mengucapkan selamat Menyambut Aidilfitri yang bakal tiba tak lama lagi.. Selamat membuat persiapan raya dengan insan-insan tersayang.. Diharapkan, aidilfitri yang bakal tiba dapat merapatkan lagi ukhuwah yang tercipta diantara kita, ahli PSSBB sekalian..
Sekiranya terdapat sebarang kesilapan sepanjang mengendalikan blog ini, saya menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf.. maaf zahir dan batin.. ^_^
Sekian dahulu..
Assalamualaikum wbt..
KERJA BERPASUKAN ITU LEBIH BAIK DARIPADA KERJA BERSENDIRIAN
"SILAT BENTENG NEGARA"
0 comments:
Post a Comment