Salam Ramadhan dan Syawal.. !

|

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, masih lagi dapat kita bernafas pada bulan penuh barakah ini, Ramadhan al-mubarak.. Justeru,diharapkan semua ahli PSSBB akan memanfaatkan peluang usia yang diberikan oleh Allah ini untuk melipat gandakan amal ibadah kita pada bulan yang mulia ini.. Sesungguhnya, terdapat banyak keistimewaan bulan Ramadhan ini.. Antaranya:

1. Orang-orang yang berpuasa di bulan Ramadhan itu secara iman, dan dengan perasaan kerana perintah Allah semata-mata maka diampuni Allah SWT dosanya yang telah lalu

2.  . Pada bulan Ramadhan itulah mula-mula turunnya al-Quran 
3. Dalam bulan Ramadhan itu terbukalah pintu-pintu syurga, dan terkuncilah pintu-pintu neraka, bahkan syaitan dan iblis dibelenggu ketika itu.

4.  Puasa bulan Ramadhan itu diistimewakan oleh Allah SWT, untuk Allah sendiri dan Dia sendiri pula yang akan menentukan ganjaran.

5. Di dalam bulan ramadhan berlaku Lailatul Qadar yang mempunyai kelebihan pahala amalan kebajikan mendapat ganjaran seperti beribadah seribu bulanAntara kelebihan yang utama ialah ia mengandakan pahala ibadah. Diawal bulan ramadhan adalah kerahmatan, dipertengahanya keampunan dan diakhirnya dijanjikan terlepas dari api neraka. 
 
6. Orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan disediakan tempatnya di syurga suatu tempat yang istimewanya, pintunya bernama “Rayyan”



Di bulan yang mulia ini juga, marilah kita sama-sama mendoakan kesembuhan mahaguru kita, En. Zulkifli bin Ahmad Shah.. Semoga beliau akan cepat sembuh dan dapat menyambut Aidilfitri yang bakal tiba  dengan nikmat kesihatan seperti tahun-tahun sebelumnya.. Amin..

Di kesempatan ini juga, saya selaku admin blog ni nak mengucapkan selamat Menyambut Aidilfitri yang bakal tiba tak lama lagi.. Selamat membuat persiapan raya dengan insan-insan tersayang.. Diharapkan, aidilfitri yang bakal tiba dapat merapatkan lagi ukhuwah yang tercipta diantara kita, ahli PSSBB sekalian..




Sekiranya terdapat  sebarang kesilapan sepanjang mengendalikan blog ini, saya menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf.. maaf zahir dan batin.. ^_^
 
Sekian dahulu..
Assalamualaikum wbt..

KERJA BERPASUKAN ITU LEBIH BAIK DARIPADA KERJA BERSENDIRIAN

"SILAT BENTENG NEGARA"



Majlis Khatam Perguruan Silat Banten Betawi

|
Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah.. bertemu lagi kita dalam post yang ketiga ni.. Pada 11 Jun 2011 yang lalu, Perguruan Seni Silat Banten Betawi Kampung Matang Kunda telah pun mengadakan majlis khatam silat. Majlis tersebut telah berlangsung di Gelanggang Induk Persatuan Seni Silat Banten Betawi, iaitu di hadapan rumah mahaguru, En. Zulkifli bin Ahmad Shah.. majlis yang sederhana tetapi meriah itu telah dirasmikan oleh En. Zainuluddin Helmi bin Baharuddin iaitu Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datoh.

Majlis pada malam tersebut telah dimulakan dengan jamuan makan dan bacaan doa. Bacaan doa telah diketuai oleh Tn. Hj Jaafar bin Hj. Ramli, selaku Imam 1 masjid Kampung Matang Kunda. Setelah itu, acara diteruskan dengan upacara Perasmian gelanggang yang telah disempurnakan oleh En. Mohd Zaini bin Ismail, Guru Perguruan Silat Banten Betawi cawangan Ipoh. Beliau telah menunjukkan persembahan yang begitu menarik sekali.


Seterusnya merupakan acara gelanggang terbuka yang telah disertai oleh wakil-wakil daripada perguruan Seni Silat Serumpun Selabak dan juga Perguruan Silat Banten Betawi Ipoh. Kemudian, acara diteruskan dengan persembahan murid-murid lama Perguruan Silat Banten Betawi. Pelbagai ragam dan persembahan yang begitu menarik telah ditunjukkan..


Kemudian, pesilat-pesilat yang dikhatamkan pada malam itu pun memberikan persembahan mereka.. Persemabahan yang begitu mantap dan hebat telah berjaya memukau ramai penonton yang hadir pada malam itu.. Pada malam itu juga, hadirin telah dipersembahkan dengan permainan sejenis senjata unik yang digelar sebagai SENJATA PURBA BANTEN BETAWI. Ianya telah dimainkan dengan cemerlang oleh pasanagn trio Mohd Hasham bin Abdullah, Mohd Arifzulhilmi bin Mohd Komari, dan juga  Mohd Amirul Nizam bin Ahmad Pandi.
 Tahniah diucapkan kepada mereka.

Pada malam tersebut juga, kita telah menyaksikan bberapa anugerah serta pentauliahan telah disampaikan kepada individu-individu tertentu yang telah terpilih.  Bahkan, mahaguru Zulkifli bin ahmad Shah telah melantik 3 orang guru baru bagi Perguruan Silat Banten Betawi.

Guru Perguruan Silat Banten Betawi:
1. En. Mahmud bin Nor

 
2. En. Nordin bin Ahmad

 
3. En. Rosli bin Abdullah



Mahaguru Zulkifli bin Ahmad Shah juga telah melantik seorang Pembantu Mahaguru dan juga seorang jurulatih persatuan.
Pembantu Mahaguru:
Mohd Hasham bin Abdullah




Jurulatih Silat Tangan Kosong, Olahraga, Bersenjata dan Gempur:
Mohd Yusof bin Baharom


Selain itu, saudara bin Mohd Zahid Azizi Mohd Ali telah diberikan sijil penghormatan diatas pencapaian cemerlang beliau dalam Silat Olahraga.


menerima sijil penghormatan dan juga hamper

Pihak persatuan juga turut memberikan sijil penghargaan kepada pihak yang telah banyak menyokong dan memberi bantuan kewangan. Beliau yang dimaksudkan ialah En Mohd Juraimi bin Subari. Pada malam tersebut, beliau telah menyumbang sebanyak 5 buah hamper kepada pihak persatuan dan juga Perguruan Silat Banten Betawi.

Terima kasih, wak Juraimi !! =)

Sebagai majlis penutup, semua pesilat telah bergambar dan saling bermaafan..










Sekian dahulu untuk kali ni.. Jumpa lagi dalam post yang akan datang!!
Assalamualaikum wbt..

KERJA BERPASUKAN ITU LEBIH BAIK DARIPADA KERJA BERSENDIRIAN

"SILAT BENTENG NEGARA"



Tahniah, PSSBB !!

|
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

apa khabar semua?? sihat?? kalau sihat bagus la, alhamdulilah... hmm.. bertemu lagi kita dalam post yang kedua ni.. haa.. kali ni, nak citer sikit pasal sorang ahli PSSBB ni..hmm.. selalunya bila sebut ayat nak "citer" ni, org mesti ingat nak gosip benda x elok kn?? haa.. tapi kali ni x..bukan nak bergosip la, tp nak share sikit berita pasal ahli dlm PSSBB ni..

kali ni nak citer pasal ahli PSSBB kita ni, yang dah berjaya mengharumkan nama persatuan kita.. siapa lagi, kalau bukan Saudara Mohamad Zahid Azizi bin Mohamad Ali.. tahniah dan syabas sangat diucapkan kepada zahid ni haa... yela, dah membuat kita semua bangga, kan? kepada yang belum tau, zahid telah mewakili negeri Perak ke peringkat kebangsaan dalam pertandingan silat baru-baru ini dalam kategori silat olahraga-putera.. beliau telah menerima sijil penghormatan yang telah disampaikan dalam majlis khatam silat Perguruan Silat Banten Betawi Kg Matang Kunda baru-baru ini..

tahniah, Zahid..

diharapkan, kejayaan zahid pada kali ni menjadi penyuntik semangat buat semua ahli PSSBB untuk berusaha lebih gigih lagi.. harap2 tahun depan lebih ramai lagi ahli persatuan kita dapat meraih kejayaan yang macam ni.. malahan, kalau boleh, yang lebih cemerlang lagi.. ok..

Selain daripada, Zahid, kepada 3 orang lagi penyandang pingat emas  iaitu:

1. Mohd Muazzin bin Ramli
2. Puteri Nor Atiqah binti Ahmad Nasaruddin
3.Ramadhan bin Mat Desa

walaupun korang x ada rezeki mewakili negeri perak ke peringkat kebangsaan pada tahun ni, pihak persatuan tetap berbangga dengan korang.. disebabkan beberapa faktor yang tidak mengizinkan, korang terpaksa mengalah.. tapi, mane tau, tahun depan, tup tup korang pulak jadi johan kebangsaan.. haa.. lagi best.. sama-sama lah kita doakan.. amin.. =)

tidak dilupakan, kepada 4 penyandang pingat perak:
1.Azy binti Nazari
2.Mohamad Haris Fadhillah bin Abd Rahim
3. Muhamad Husaini bin Mohamad Salimi
4. Wany binti Zainuddin

dan jugak 6 orang pemenang pingat gangsa:
1. Nurul Marliana Syaziati binti Rosli
2. Rahmah binti Mat Desa
3.Mohd Muzakkir bin Ayu
4. Mohd Amirul Nizam bin Ahmad Pandi
5. Mohd Yusaili bin Mohd Kamijon
6.
korang jugak tetap menjadi kebanggaan Persatuan Seni Silat Banten Betawi.. Semoga pertandingan yang akan datang dapat menambahkan lagi koleksi pingat yang berjaya dikutip oleh persatuan kita.

Sekitar Pertandingan Silat Olahraga Remaja dan Kebangsaan 2010:


 wajah-wajah pejuang PSSBB

 gaya pendekar Sharif

wajah  serikandi-serikandi PSSBB
yang berjaya =)


pengerusi PSSBB - Saudara Norfaizzi Zulkifli

Sekian dulu untuk kali ini.. Semoga berjumpa lagi dalam post seterusnya.. 
Assalamualaikum, semua!!

=)

"SILAT BENTENG NEGARA"











|
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah.. akhirnya blog ni siap jugak.. walaupun masih ada banyak kekurangan lagi, tapi insya-allah.. akan cuba diperbaiki perlahan-lahan.. Blog ni sebenarnya adalah untuk kegunaan semua ahli dalam Persatuan eni Silat Banten Betawi (PSSBB) ni.. so, kalau ada sape2 yang nak buat announcement ataupun nak jemput dalam apa2 majlis ke, boleh la post kat blog ni.. admin kat sini nanti INSYA-ALLAH  akan rajin- rajin nak update blog ni..

Harap sangat blog ni dapat digunakan dengan baik.. boleh la kita gunakan untuk berkenal-kenalan dan merapatkan lagi hubungan ukhuwah sesama ahli dalam persatuan kita ni.. so, kepada semua ahli PSSBB, jangan lupa FOLLOW blog ni k..
Seperti kita semua tahu, ada beberapa buah perguruan dalam persatuan kita ni..

1. Perguruan Silat Banten Betawi - Kg Matang Kunda Bagan Datoh
2. Perguruan Silat Banten Betawi - Ipoh
3. Perguruan Seni silat serumpun - Kg Selabak, Teluk Intan
4. Perguruan Seni Silat Batu Hampar, Tanah Lalang.

walaupun x semua ahli dalam satu perguruan, x sama bunga, buah silat yang dipelajari, tapi, kita semua tetap dalam sebuah persatuan. Jadi, diharapkan xkan ada sikap2 negatif seperti saling berdendam, iri hati, batu api, dan sebagainya dalam kalangan ahli ni.. yang sebaiknya, kita semua harmoni dalam persatuan ni, lepas tu sama-sama menaikkan nama persatuan. Itu kan lebih baik? so, renung-renungkan, dan selamat beramal.

Pada permulaan ni, mmg byk benda yang dipost kat sini lebih kepada Perguruan silat Banten Betawi Kg Matang Kunda, tapi, yang lain jangan pulak terasa. Kalau ada event menarik ataupun ada ape2 yang nak dikongsikan, terus hubungi pengerusi kita, En. Norfaizzi bin Zulkifli k.. ataupun emel je ke pssbantenbetawi@rocketmail.com .. kalau ada gambar2 menarik yang nak dikongsi, boleh jugak di upload, supaya semua ahli dapat tengok sama..


  okey la, sampai di sini dulu untuk kali ni.. jumpa lagi dalam post yang akan datang..
ingatlah selalu,
KERJA BERPASUKAN LEBIH BAIK DARIPADA KERJA BERSENDIRIAN..


take a good care, semua.... Assalamualaikum wbt...


SILAT BENTENG NEGARA